beranilah untuk melepaskannya ...

ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu menarik, cantik atau kacak, teristimewa dibandingkan dgn yang lain.

* kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seseorang yang seperti dia.

* kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.

* kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya".

ingatlah !! Melepaskan bukanlah bermakna akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru...

* kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

* kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* kita harus melepaskan seseorang kerana di fikiran kita berkata "tidak ada lagi yang dapat dipertahankan".

* kegagalan tidak bererti kamu tidak mencapai apa-apa... namun kamu telah memahami sesuatu...!

segala sesuatu ada waktunya, ada saat untuk mempertahankannya, ada saat pula untuk melepaskannya ...!!

Posted at pada 6:50 PM on 04 December 2009 by luahan azeel | 2 komentar Links to this post   | Filed under: