What did you do in 2007 that you'd never done before?
bukan sesuatu yang menjadi sikapku untuk melapurkan sebarang kesalahan orang lain ke pihak berkuasa. Tetapi dalam tahun itu, aku sudah melakukan beberapa lapuran polis dan surat aduan kepada pihak-pihak berkuasa. Dan juga melapurkan satu kes yang memerlukan perhatian badan pencegah rasuah. kesemua lapuran-lapuran ini tertuju kepada seorang individu yang aku fikir seharusnya disekat atas penipuan-penipuan beliau yang telah dilakukannya. Dia sebenarnya sudah diisytiharkan bankrupsi tetapi telah berjaya mendapat beberapa kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan. Dan juga beberapa penipuannya memperolehi pinjaman bebentuk peribadi untuk perniagaannya. Dan aku percaya, dia juga sudah mempedaya ramai orang untuk kepentingan dirinya sendiri. Menjengkelkan sekali bila melihat sesuatu yang tidak betul berlaku di depan mataku sendiri!
Did you keep your new years' resolutions, and will you make more for next year?
seingatku, aku jarang sekali membuat resolusi menjelang tahun baru. Dan aku juga jarang membuat perancangan untuk apa yang harus aku lakukan. Tetapi untuk tahun 2008, aku sudah tetapkan 3 matlamat utama. Pertama, melunaskan segala hutang piutang kad kreditku. Kedua, untuk mengunjungi Jakarta dan Bandung buat pertama kali. Dan akhir sekali, menulis sebuah novel berdasarkan pengalamanku sendiri ( dan juga sedikit imaginasiku). Tentu sekali novel cinta. Dan sekiranya tiada penerbit yang mahu menerbitkannya, mungkin sahaja aku akan menjadikan sebagai e-novel di sini.. Yang pasti, aku sudah memasang azam dan bertekad untuk menghasilkannya.
Did anyone close to you give birth?
Kedua-dua adik perempuanku telah melahirkan anak pada tahun 2007. Dan insyaallah tahun 2008 ini, ada lagi kelahiran yang bakal berlaku. Kelahiran anakku yang kelima bakal menyusul ……….
Did anyone close to you die?
Tiada.
What countries did you visit?
tidak ada negara luar yang aku lawati sepanjang tahun lepas. Sebenar sudah agak lama aku tidak keluar negara. Tetapi sesuatu yang mengujakan adalah apabila aku akhirnya sampai ke bumi sabah yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini. pengembaraan ke kepulauan dan bandar-bandar utama di sabah seperti kota kinabalu, kudat, Sandakan dan tawau memberikan aku sesuatu pengalaman baru tentang suasana masyarakat di pulau borneo secara keseluruhannya .
What would you like to have in 2008 that you lacked in 2007?
tahun 2006 merupakan tahun yang aku sifatkan sebagai 'tahun kehilangan'. Dan bagi 2007 pula, aku mengiktirafkannya pula sebagai tahun kejayaansetelah mendapatkan segala apa yang telah hilang pada tahun sebelumnya. Apa lagi yang aku inginkan ya? Mungkin kehidupan sekeluarga seperti yang dulu. Cuma aku rasa dengan ada apa yang aku ada sekarang ini, kemungkinan itu agak sukar, namun aku bersyukur, semuanya seakan sudah pulih seperti yang aku inginkan.
What date from 2007 will remain etched upon your memory, and why?
10 Ogos 2007. Hari di mana aku akhirnya menghubungi bekas isteriku. Dan akhirnya, kami Berjaya menghuraikan segala persoalan yang bermain di benak fikiran semenjak setahun sebelum itu.
What was your biggest achievement of the year?
tentu sekali memperolehi keluargaku semula, bersatu seperti dulu. Dan apabila aku berjaya mendapatkan pekerjaan yang aku impikan selama ini. Penantian itu satu penyeksaan tetapi sesuatu yang aku pelajari, penantian yang bersertakan dengan kesabaran, akhirnya akan memberi kepuasan apabila kita beroleh apa yang dihajati.
What was your biggest failure?
aku gagal menyakinkan ramai orang terapat atas tindakanku selama ini, terutama ahli keluargaku. Namun aku kira itu, mungkin kegagalan itu akan aku jadikan salah satu resolusiku untuk tahun 2008. Dan berharap agar pertikaian akan segera tamat dan diberikan jalan kesedaran untuk semua yang terperangkap dalam dilemma ini.
Did you suffer illness or injury?
aku dimasukkan ke dalam wad selama 4 hari sehari selepas aidil adha yang lepas, yang mana aku mengalami kesakitan di bahagian pinggang hingga sukar untuk berdiri dan berjalan.
What was the best thing you bought?
satria neo warna hitam yang dibeli pada februari 2006 yang secara perlahan-lahan menukarkan aku dari manusia murung kepada seorang yang lebih bersemangat dalam hidup.
Whose behavior merited celebration?
mungkin anak-anakku yang berjaya menempuh satu fasa hidup yang bukan mudah untuk dilalui dalam usia semuda mereka.
Whose behavior made you appalled and depressed?
aku membenci manusia-manusia yang cuba mempengaruhi hidupku. Ingin aku jadi seseorang yang semata-mata berladaskan pada kemahuan mereka. Dan manusia yang hanya mementingkan diri sahaja, dan cuba mengumpulkan kesenangan hidup dari hasil usaha orang lain. Dan juga, sikap manusia yang telah dan sedang berusaha untuk menghancurkan rumahtanggaku. Saying sekali, tanpa mereka sedar, mereka sudah lari dari landasan moral dan agama, mereka adalah manusia yang sudah dikuasai syaitan! Bukankah syaitan itu sudah bersumpah di depan Allah s.w.t untuk menghancur anak cucu adam a.s? ternyata rupa-rupanya mereka inilah yang sudah menjadi mangsa syaitan yang dilaknat allah itu. Simpatiku untuk mereka yang sudah jauh terpesong, dan alangkah ruginya hidup mereka di muka bumi semata-mata melakukan kejahilan atas dorongan syaitan yang direjam.
Where did most of your money go?
terlalu banyak berbelanja sepanjang 2007. Pakaian aku kira menjadi penghabis utama duit gajiku!
What did you get really, really, really excited about?
melihat kegembiraan anak-anak bila aku bernikah semula dengan ibu mereka semula.
What song will always remind you of 2007?
lagu coldplay "fix you". Sebuah lagu yg memuhasabahkan diriku setiap kali aku merasa tertekan dahulu. Dan lagu-lagu dewa 19 juga berjaya buat aku rasa tenang dalam merentasi masa-masa sukarku.
Compared to this time last year, are you:
Happier or sadder? Happier. Ku kira semua sudah tahu tentang kisah hidupku, bukan?
Thinner or fatter?
Thinner. syukur alhamdullillah. Sudah kehilangan lebih dari 15kg. dan tahun ini aku masih lagi ingin meneruskan azam yg sama.
Richer or poorer? Richer aku kira. Di atas kertas, mungkin aku perolehi lebih dari yang dulu, tetapi jika diambil kira dengan perbelanjaan di KL, mungkin tidak begitu nampak kelebihan itu. sepanjang 2007, aku sudah bertukar kerja sebanyak 3 kali.
How many one-night stands? Tiada. Dan jelas sekali, tiada siapa yang akan mengiyakan soalan ini…. hahaha …
What was your favorite TV program?
sepanjang 2007, discovery channel and history channel yang menjadi pilihan. Di samping itu, sitcom seperti 'everybody loves raymond' dan 'my name is earl' masih terus aku ikuti.
Do you hate anyone now that you didn't hate this time last year?
Tiada. Tiada penambahan dalam senarai 'manusia-manusia keparat'. masih tersenarai nama-nama yg sama seperti tahun yang lepas
What was the best book you read?
aku kurang membaca sepanjang 2007. Tidak baca novel yang aku dapat habiskan. Dan tahun ini, cara pembacaanku turut berubah. Tidak menghabiskan satu-satu novel sekaligus tetapi membaca 2 atau 3 buku secara serentak. Contohnya sekarang, aku sedang membaca 'sacred games' karya vikram Chandra, 'dalam mihrab cinta' karya habiburrahman el shirazy dan hampir menamatkan 'kopi susu sepatu biru' tulisan ruby hazri. Dan aku pilih 'cinderella cinta' sebagai buku terbaik. Novel yg mengutarakan sesuatu dimensi yang baru dalam penulisan novel di Malaysia.
What was your greatest musical discovery?
seperti yang teman-teman sedia maklum, aku banyak mendengar muzik dari Indonesia. Dan melalui MULTIPLY , aku diberi ruang seluas-luasnya untuk menerokai muzik dari sana. Bukan hanya mendengar himpunan muzik popular sahaja, namun muzik underground mereka. Dan di awal 2007 dahulu, aku mula mengenali muzik dari coldplay. Mungkin lirik-lirik dari lagu mereka menarik dan sering buat aku berfikir panjang.
What did you want and get?
aku teruja dengan keistimewaan iPod. Mungkin aku akan cuba mendapatkannya, lagipun syarikat aku bekerja ini memberi diskaun 30% untuk setiap pembelian peralatan Apple.
What was your favorite film of the year?
terlalu banyak filem yang aku saksikan samada di panggung atau melalui dvd. Untuk dipilih mana yang terbaik, maka aku akan memilih ' the atonement'. Filem british yang digarap begitu baik hinggakan tidak kelihatan keinggerisannya. Namun yang membuka mataku adalah pengajaran dari filem itu. Jadi, tunggu sahaja Jimi mengulas tentang filem ini. aku fikir ulasannya pasti akan menjawab mengapa aku memilih file mini sebagai filem terbaik untuk 2007
What did you do on your birthday, and how old were you?
setiap tahun, pada ulangtahun kelahiranku, aku akan mengambil cuti. Kerana aku mahu meraikannya dalam keadaan tenang, tanpa ada sebarang gangguan kerja. Dan aku habiskan melakukan perkara-perkara yang buat aku terhibur. Selalunya dengan menonton wayang, pergi mencari buku dan makan malam yang agak istimewa dengan insan istimewa. Dan 2008 ini, usiaku mencecah 40 tahun. Orang kata, 'life begins at 40', jadi aku mahu saksikan samada benar atau tidak ungkapan ini.
How would you describe your personal fashion concept in 2007?
aku kembali kepada jeans sepanjang 2007. Membeli 5 helai jeans merupakan sesuatu yang agak berlebihan aku kira. Dan juga kembali kepada konsep t shirt lengan panjang tanpa kolar. Dan aku banyak membeli sepatu dan topi. Mungkin konsep 'rebranding' yang diusulkan oleh teman baikku menukar konsep fesyenku yang sebelum itu agak selekeh.
What kept you sane?
Filem, buku dan juga blog ini. apa yang aku fikirkan, selalu aku curahkan ke dalam blog ini. tetapi untuk menulis di sini seolah-olahnya aku perlu lebih berhati-hati. Ternyata apa yang ditulis sudah dianggap sebagai pedoman oleh beberapa teman. Maka, penulisanku tidak harus lari dari kenyataan dan kebenaran.
Which celebrity/public figure did you fancy the most?
untuk soalan ini, sebenarnya sukar untuk aku memilih seseorang idola dan mengatakan bahawa dia adalah seseorang yang aku sanjungi. Mungkin ada ramai yang aku sanjungi, antaranya tun dr. Mahathir, habiburrahman el sharazy dan Johnny depp. Tidak dapat dinafikan kecerdikan tun dr. Mahathir sebagai seorang perancang dalam pembentukan malaysia moden hinggakan setiap kali aku melihat apa yang ada disekelilingku, aku merasakan ini adalah dari ilhamnya. Habiburrahman pula Berjaya menulis novel cinta dengan caranya yang tersendiri, yang mana cinta itu dituliskannya sebagai sesuatu yang indah dan merangkumi pelbagai bentuk kecintaan insan. Ada juga wanita yang aku kagumi juga, contohnya yang memperlihatkan keanggunan dalam gaya hidup mereka, seperti penampilan Maya Karin.
What political issue stirred you the most?
di dalam kekecohan keganasan di seluruh dunia sekarang, sesuatu akta seperti ISA adalah perlu bagi menjamin keamanan itu terpelihara. Bukan hanya Malaysia, Amerika Syarikat juga mengamalkan patriot act bagi tujuan yang sama bagi mengelakkan kejadian 9/11 dari berlaku lagi. Di Arab Saudi, Indonesia dan juga Iran, turut ada peruntukan yang sama di dalam undang-undang mereka. Agak menghairankan isu ini dijadikan sesuatu yang besar sedangkan terlalu banyak keganasan yang meragut nyawa sering berlaku di sana sini. Ini bukan hanya berkaitan dengan hal berkaitan politik, tetapi sudah jadi isu hidup atau mati. Kerajaan mana sekalipun memerlukan peruntukan undang-undang sebegini. Bayangkan jika berlakunya pengeboman di KLCC pada suatu hari yang sibuk dan mengorbankan ahli keluarga dan teman kita sendiri. apakah baru kita sedar tentang kepentingan untuk menyekat kematian orang awam yang sebegitu ramai? Untuk memahami persoalan ini, baik kiranya teman-teman dapatkan satu filem dari Indonesia berjudul ' long road to heaven : makna di sebalik tragedy bom bali 2002' … ini adalah filem berdasarkan pandangan masyarakat Indonesia atas apa yang berlaku.aku meminta pada teman-teman, belajarlah dari penderitaan orang lain. Dan juga penderitaan generasi terdahulu semasa zaman darurat di mana komunis mengganas dan apa yang terjadi semasa tragedi 13 Mei.
Alangkah baiknya jika sebarang konflik di dunia ini diberesi dengan pentempuran seperti di zaman medieval atau zaman nabi Muhammad s.a.w. dahulu. Pentempuran secara berdepan dan tidak melibatkan anak-anak, wanita dan warga tua. Yang berani dan bersemangat memilih, samada untuk hidup atau mati, dengan bertempur di medan pentempuran jauh dari kawasan penempatan. Bukankah membunuh dan kemudiannya meletupkan diri (mati syahidkah mereka ini?) adalah seperti sikap seorang pengecut? Mahukah kita biarkan pengecut seperti ini bermaharaja lela dan mengambil nyawa manusia sesuka hati mereka?
Who did you miss?
Tentu sekali keluargaku. Aku di kuala lumpur sekarang dan mereka pula di Melaka. Dan beberapa orang sahabat yang mana membantuku ketika aku memerlukan sokongan mereka dahulu.
Who was the best new person you met?
aku mengenali ramai kenalan baru sepanjang 2007. Di dunia nyataku dan dunia maya ini. aku mungkin mengenali manusia-manusia di dunia realiti atas sebab tugas-tugas pejabat atau di kawasan rumah baruku, namun agak mengelirukan juga bila di dunia maya ini, aku lebih mengenali teman-teman baru tanpa mengambil kira tentang apa-apa pun.
Tell us a valuable life lesson you learned in 2007?
cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai insan lain. Dan jangan biarkan orang yang ternyata kebodohannya di mata kita untuk mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu keputusan. Perlu ingat, tidak semua manusia itu dilahirkan dengan kemampuan berfikir yang sama.
Quote a song lyric that sums up your year:
Ajarkanlah ilmu tentang cinta…….
Kerana cinta adalah hakikat ……..
Dan jalan yang terang bagi semua manusia …….
DEWA 19 – Laskar Cinta dari album 'Kerajaan Cinta'

3 komentar: